ketikanjari

"Sederhana, Semoga Bermakna"

Maulid Ad-Daiba’i

with 5 comments

Berikut ketikan jari menuliskan riwayat ringkas mengenai Ad-daiba’i. Ketikan jari mencoba mencari sedikit informasi tentang Ad-daiba’i ini. Dari Kaifiat Membaca Maulid Ad-Dibai’ie ini ketikan jari sedikit lebih tahu mengapa harus berdiri segala dsb.

Imam Ad-Daiba’i

Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman Ibnu ‘Ali Ibni Muhammad Ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie yang masyhur dengan gelaran Al-Imam Ibnu Ad-Daibai’, suatu gelaran yang berasal dari datuknya ‘ALi Ibnu Yusuf. Daiba’ dalam bahasan Sudan berarti putih.

Imam Ad-Daibai’ adalah seorang ulama ahli hadis dan tarikh. Beliau dilahirkan pada hari Khamis 4 Muharram 866H bersamaan dengan 9 Oktober 1461M di kota Zabid, Yaman Utara. Pada masa kecilnya, beliau telah diasuh oleh bapak saudaranya Jamaluddin Muhammad Ibnu Ismail, Mufti Zabid. Daripadanyalah beliau telah mendapat ilmu Al-Quran, ilmu Hadis, ilmu Hisab dan tarbiah yang utama.

Selain itu, beliau telah berguru dengan beberapa ulama pada zamannya. Diantaranya adalah Imam As-Sakhawi, Ibnu Ziyad, As-Sayid Al-Hafiz At Tahir Ibnu Husain Al-Ahdal, As-Syaikh Ahmad Ibnu Abdul Latif As-Syardji dan beberapa ulama di “Bait Al-Faqih” dari keluarga Ibnu Dja’man.

Beliau kembali ke rahmatillah pada pagi Jumaat 12 Rajab 944H bersamaan bulan Desember 1537M, ketika berumur 78 tahun.

Salah satu daripada karangan beliau yang masyhur adalah Maulid Ad-Daibai’. Maulid ini sudah berumur lebih 450 tahun dan dibaca di hampir seluruh dunia Islam.

Kaifiat Membaca Maulid Ad-Dibai’ie

A. Cara Sempurna

  1. Pemimpin majlis membaca Tartibul Fatehah (senarai nama untuk dihadiahkan Fatehah) dalam Surah Al Fatehah.
  2. Pemimpin majlis membaca selawat Doa di Mukaddimah, setiap sebaris diikuti oleh hadirin.
  3. Membaca beberapa potong ayat Al-Quran di awal Maulid.
  4. Membaca Khutbah Maulid (Maqra’ / Rawi Pertama).
  5. Membaca Maqra’ / Rawi ke -2, 3 dan 4 seorang demi seorang.
  6. Membaca Qasidah “shalawatullah” (Maqra’ ke-5) beramai-ramai.
  7. Membaca Maqra’ ke-6, hingga Maqra’ ke-12 seorang demi seorang.
  8. Pada Maqra’ ke-12, ada bacaan Tasbih beramai-ramai 4 kali.
  9. Tamat Maqra’ ke-12,  terus berdiri. (mahallul-Qiyam)
  10. Berdiri beramai-ramai sambil membaca “Asyraqa”…
  11. Teruskan membaca Maqra’ ke-13 hingga akhir Maulid (Maqra’ ke-23) seorang demi seorang. Maqra’ ke -23 (Qasidah ‘Ya Badra Timmin”) boleh dibaca dengan berlagu.
  12. Pemimpin majlis membaca Doa Penutup Maulid.

B. Cara Ringkas

  • Sama seperti di atas, yaitu no.1 hingga 10
  • selepas “Asyraqal”, terus baca Doa Penutup Maulid.
* Selang beberapa Maqra’/Rawi, boleh diselingi dengan Qasidah-Qasidah yang lain.

Written by ketikanjari

May 7, 2011 at 1:59 pm

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] ketikanjari Just another WordPress.com site Skip to content HomeAbout ← Maulid Ad-Daiba’i […]

    • This is way more helpful than anthiyng else I’ve looked at.

      Lorena

      January 3, 2015 at 5:44 pm

  2. […] ketikanjari Just another WordPress.com site Skip to content HomeAbout ← Maulid Ad-Daiba’i […]

  3. Intersting…
    Baru tahu ttg Diba’ie

    usop

    June 18, 2011 at 3:35 am

    • saya juga baru tau ttg Dibai’ie itupun sedkit sahaja mas😀
      terma kasih udah berkunjung, blog nya lama tak diupdate ya mas🙂

      ketikanjari

      June 18, 2011 at 6:39 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: